Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Tangkak.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Turut...
KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH MERSING
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing, telah menyempurnakan penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga termiskin di Mukim Tenglu, Mersing.
Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Puan Nuradibah binti Arop (Penolong Pegawai Daerah) bersama-sama Tuan Haji Norazmi bin Md Anuar (Penghulu Kanan) dan Ketua Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Ketua Kampung Parit Hassan serta Ketua Kampung Bukit Kenangan Simpang Renggam telah menyempurnakan agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut, daerah Kluang.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah disempurnakan oleh Wakil Rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat; Encik Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat).
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku MahKota Ismail kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Jementah.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM TEBRAU DAN MUKIM PULAI DAERAH JOHOR BAHRU
Penyampaian kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor telah diserahkan kepada penerima dari Mukim Pulai dan Mukim Tebrau daerah Johor Bahru.
Pada lawatan tersebut, Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru dan Encik Muhamad Rashdan bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan Masyarakat menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada penerima.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Turut...
MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1445H KEPADA PENERIMA-PENERIMA YANG MENETAP DI GUGUSAN PULAU-PULAU MERSING
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada penerima-penerima yang menetap di gugusan pulau-pulau Mersing.
Majlis berlangsung di perkarangan Jeti Pulau Tinggi, Mersing pada hari ini, 3 April 2024. Hadir sama adalah YBhg. Tuan Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Allah Peliharakan Sultan.