Skip to main content

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN JOHOR MILITARY FORCES BERGANDING BAHU MEMBANTU MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR

Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Southern Volunteers dan Johor Military Forces (JMF) telah digerakkan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu di pusat-pusat pemindahan sementara. Selain menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan dan keperluan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan SV Box kepada mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa daerah, Southern Volunteers turut membantu memantau kawasan-kawasan lain yang berisiko banjir agar bantuan dapat diberikan...

Continue reading

BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI DAERAH MERSING DAN SEGAMAT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menitahkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan Southern Volunteers untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Taman Negara Endau Rompin, Mersing dan PPS Balairaya Kg Batu Badak serta PPS Balairaya Kg Jabi, Segamat. Baginda turut akan melakukan pemantauan bencana banjir di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

YAYASAN SULTANAH FATIMAH HARGAI KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yayasan Sultan Fatimah (YSF) menzahirkan penghargaan serta menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong, Pengerusi YSF berkata, YSF kini mula beroperasi di bangunan milik DYAM Tunku Mahkota Johor di Johor Bahru. “Patik mewakili YSF menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang berkenan membenarkan kami beroperasi di bangunan milik Baginda tanpa sewa,” katanya. Dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 4 Disember, YSF turut menerima sumbangan dana...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia En Fizwan Bin Dato Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Masyarakat), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Sedenak, Pegawai JKM Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, bertempat di Mukim Pantai Timur, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dalam kalangan yang mempunyai sakit kronik, OKU, sakit terlantar dan warga emas.

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian ,Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada Keluarga- keluarga Yang Kurang Bernasib Baik di Mukim Jeram Batu & Pengkalan Raja Di Daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.