Tuan Ts. Haji Mohd Johari bin Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Bukit Serampang.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.
KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH BATU PAHAT
YBrs. Cik Nor Izza Farha binti Asimat, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat Selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Mohd bin Mohd Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat, hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor. Lawatan ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan asnaf, miskin tegar dan kurang berkemampuan.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Haziq Bin Abdul Latif, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Rimba Terjun Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Haziq Bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Sungai Pinggan Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berbahagia Tuan Haji Miswan bin Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada penerima di Mukim Pengerang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini berinisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan terdiri daripada masyarakat yang fakir dan miskin, golongan warga emas, pesakit kronik, terlantar serta mereka yang memerlukan bantuan.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini iaitu Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan wakil Amin...