Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu. Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Bukit Batu, Penghulu Mukim Kulai, wakil Pengurus Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua Kampung Melayu Bukit Batu. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Oktober fasa 1 dan Oktober fasa 2 Tahun 2022 . Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 1 Lubok dan Mukim 2 Bagan Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berhormat Dato’ Mustaffa Kamal Bin Dato’ Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima kurang berkemampuan dari Mukim Bakri. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka. Selain itu juga telah disampaikan kurniaan berbentuk wang tunai kepada Pengerusi Surau dan Masjid di Mukim Bakri dan Bandar.Kurniaan ini adalah untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk menambahbaik infrastruktur masjid serta dapat digunakan bagi mengimarahkan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kambau dan Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, OKU serta penghidap jangkitan paru-paru yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berusaha Encik Muhamad Hanafi Bin Ahmad Shamsi, Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga sekitar Mukim Jorak / Panchor dan Mukim Air Hitam. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.