Pada hari ini, Yang Berbahagia Pegawai Daerah Batu Tuan Haji Nasri Bin Md Ali. telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Peserai Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut dan Renggam, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, semua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagi Bulan September 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 7 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN SEPTEMBER
Yang Berusaha Encik Mohd Fairul Bin Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi September kepada 5 orang penerima yang tingal di Mukim Sg Balang, Sri Menanti dan Pt Jawa.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka. Kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan yang telah dikenalpasti oleh Persatuan Nelayan Kawasan Muar, yang mana masih merasai kesempitan hidup dan bergantung kepada hasil laut...
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN OGOS BAGI MUKIM PULAU-PULAU
Pegawai Daerah Mersing, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali diiringi oleh Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama Penghulu Mukim-mukim, dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena menyampaikan Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Pulau-Pulau (Pulau Pemanggil) kepada beberapa buah masjid dan surau di Daerah Mersing, melibatkan Masjid di Pulau Pemanggil, Masjid Kampung Pengkalan Batu dan Surau Taman Nakhoda, Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah...