Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir bagi menyempurnakan Program Ziarah ‘PRIHATIN‘ Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Tahun 2022 – Fasa 2 Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Sungai Kluang. Program Lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Pandemik...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kahang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta setiausaha JPKK. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh Wakil Rasmi Pegawai Daerah Segamat, Encik Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal, Penolong Pegawai Daerah Segamat Bahagian Pembangunan Masyarakat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Gemereh Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung. Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban keluarga penerima dimasa semua keluarga terjejas dengan situasi pandemik pada masa ini. Turut serta...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Renggam, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim selaku Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor oleh Pegawai Daerah Segamat telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Pogoh Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung. Penerima terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, mempunyai penyakit kronik, tidak bekerja tetap, warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dari anak-anak dan mempunyai tanggungan...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan pentadbiran daerah Pontian, Encik Mohd Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 10 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Api-Api dan Mukim Pontian berserta 2 buah masjid (Masjid Parit Haji Siraj, Mukim Api-Api & Masjid Parit Kudus, Mukim Pontian) dan sebuah surau (Surau Kg Mahkota,Mukim Pontian). Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.