Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu Kanan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...

Continue reading

SEMPENA ZIARAH PRIHATIN PENYERAHAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan ini melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Linau. Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. memerlukan dari semasa ke semasa. Turut hadir; Penolong Pegawai Daerah; Ketua Penghulu;...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian dan Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Masjid dan 10 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Sungai Karang dan Ayer Masin.

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Sungai Raya bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one-off adalah bagi meringankan beban golongan sasar...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan April 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak, semalam. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Kadi Daerah Kulai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurniaan ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.