Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Kadi Daerah Kulai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong-Penolong Pegawai Daerah Kulai, JKM Kulai, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah PRIHATIN sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa buah rumah di Mukim Sungai Kluang.
Program lawatan ziarah PRIHATIN seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN APRIL FASA 2 TAHUN 2022
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Sri Menanti bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one-off adalah bagi meringankan beban golongan sasar...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA BAGI BULAN APRIL FASA 1 TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah PRIHATIN Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan April Fasa 1, Tahun 2022 .
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa buah rumah di Mukim Sungai Kluang.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Buloh Kasap, Daerah Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Segamat (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Mukim dan JPKK Kampung yang terlibat.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Sri Gading Ayer Itam, Batu Pahat.
Program Lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Pandemik Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.