Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Februari 2022 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.
Selain itu, tiga buah masjid juga turut menerima kurniaan iaitu Masjid Al-Muhajirin, Felda Bukit Batu; Masjid Al-Firdaus,...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Kesang, Serom, Kundang dan Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.
Bagi fasa ini, penerima adalah dari golongan warga emas yang uzur, pesakit OKU (pendengaran dan saluran pemakanan), kurang berkemampuan, kehilangan ahli keluarga...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI MUKIM SEDILI KECIL, DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bagi bulan Februari 2022 bertempat di Mukim Sedili Kecil, Daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING
Pegawai Daerah Mersing, Ybhg. Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi bulan Februari (Fasa 1) Tahun 2022.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT BAGI BULAN FEBRUARI FASA 2
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim selaku Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku oleh Pegawai Daerah Segamat telah diserahkan kepada 5 buah keluarga di sekitar Mukim Gemas Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung. Penerima terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, mempunyai penyakit kronik, tidak bekerja tetap, warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dari anak-anak dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
Semoga...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir bagi menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Fasa 2 Tahun 2022.
Lawatan pada hari ini melibatkan Lima (5) buah keluarga penerima di Mukim Sri Medan.