Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 1 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Sri Medan (Parit Sulong). Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong Pegawai Daerah; Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Sri Medan (Parit Sulong); serta Ketua Kampung terlibat. ...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN NOVEMBER

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Lenga dan Mukim Panchor menyantuni beberapa keluarga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Tenglu, Triang dan Penyabong Bagi Bulan November (Fasa 1 dan 2) Tahun 2021. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah En. Muhammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, dan Penghulu-penghulu Mukim. Kurniaan DYAM Tunku...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN NOVEMBER

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Bandar, dan Mukim Sungai Terap menyantuni beberapa keluarga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

En Mohd Fazle Bin Mohd Yusop, Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat mewakili Tuan Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Oktober kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Pogoh, Sg. Segamat, Gemereh dan Jementah. Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor akan kesulitan dan kesusahan yg dihadapi rakyat bangsa johor dalam menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan pada masa pandemik Covid19. Semoga Allah SWT...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.