Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bulan September kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti di Mukim Sermin dan Gemas. Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor akan kesulitan dan kesusahan yg dihadapi rakyat bangsa johor dalam menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan pada masa pandemik Covid19. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan dan rahmat berterusan kepada DYAM Tunku...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Grisek dan Bukit Serampang. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa. Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan OKU, penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta warga emas yang telah uzur yang memerlukan rawatan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN OKTOBER

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Mukim Bandar, Mukim Sungai Raya dan Mukim Pagoh menyantuni beberapa keluarga untuk menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing dan Mukim Tenglu Bagi Bulan September (Fasa 4) Tahun 2021. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu Kanan Daerah Mersing, Hj. Hefnee Bin Md. Noor, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN SEPTEMBER 2021 FASA 4 DAERAH PONTIAN

Kurniaan Di sampaikan Oleh Wakil Rasmi Pegawai Daerah Pontian, Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian, Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 5 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Serkat. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya. ...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.