Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN OGOS

Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Seri Menanti dan Mukim Bakri bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19. Turut hadir dalam lawatan Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 3 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Tanjung Sembrong dan Mukim Sri Gading (Ayer Hitam). Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Tanjung Sembrong; Penghulu Mukim Sri Gading (Ayer Hitam); Pegawai Perhubungan Masyarakat India; dan...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS 2021 FASA 1 DAN 2 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 14 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian. Hadir Sama : Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian,Petadbir Tanah Daerah Pontian, JKM Daerah Pontian,Penghulu Kanan Daerah Pontian, Penghulu Mukim Serkat dan Benut Serta Kakitangan Pejabat Daerah Pontian Serta Penduduk Setempat.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di sekitar daerah Mersing bagi bulan Ogos (Fasa 2 dan 3) tahun 2021. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohd Arif Bin Samsi, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, MAIJ Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan...

Continue reading

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN OGOS 2021 DI MUKIM JOHOR LAMA DAERAH KOTA TINGGI

YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 OGOS

Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Parit Jawa dan Mukim Parit Bakar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19. Turut hadir Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Sukarelawan Southern Volunteers Muar. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.