Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 dan Fasa 3 bulan Ogos bertempat di Mukim Labis, Gemereh, Sg. Segamat dan Jabi. Penerima yang terpilih adalah keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid19, bencana rumah terbakar, mempunyai tanggungan yang ramai, menghidap penyakit yang membataskan pergerakan dan juga keluarga dhaif. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang serta Ketua Kampung Mengkibol, Ketua Kampung Bentong dan Ketua Kampung Dato’ Abd. Rahman Yassin, Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Ogos 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, petang semalam. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Senai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Ayer Hitam dan Mukim Sungai Balang bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19. Turut hadir Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Sukarelawan Southern Volunteers Muar. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif secara berterusan baginda untuk memastikan...

Continue reading

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 & FASA 2 BULAN OGOS 2021 MUKIM SEDILI BESAR DAN MUKIM SEDILI KECIL, DAERAH KOTA TINGGI

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 dan Fasa 2 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Kota Tinggi, Mukim Sedili Besar dan mukim Sedili Kecil daerah Kota Tinggi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Penghulu Kanan Daerah Kota Tinggi serta penghulu-penghulu mukim. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor dalam membantu golongan yang serba memerlukan terutamanya dalam mendepani pandemik Covid-19 yang mencabar untuk kelangsungan hidup terhadap mereka yang terputus sumber pendapatan,...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kesang, Mukim Kundang, Mukim Grisek dan Mukim Bukit Serampang. Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Pegawai Perhubungan Masyarakat Cina, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak. Semua penerima menjunjung kasih atas sumbangan DYAM TMJ dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.