YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Ulu Sungai Johor Daerah Kota Tinggi diiringi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS FASA 4 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 4 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Tanjung Sembrong dan Mukim Chaah Bahru.
Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Wakil Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Tanjung Sembrong;
Penghulu Mukim Chaah Bahru; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Pegawai Perkampungan Cina...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Empat Bulan Ogos 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, petang semalam.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senai; YBhg Datuk Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi JPKD Bukit Batu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim Kluang serta Ketua Kampung Bentong, Ketua Kampung Padang Tembak dan Ketua Kampung Sri Tambak.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN OGOS 2021 MUKIM PULAI, MUKIM TEBRAU DAN MUKIM BANDAR DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 Bulan Ogos bertempat di Mukim Pulai, Mukim Tebrau dan Mukim Bandar daerah Johor Bahru. Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan juga Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu...
ZIARAH KASIH HARI KEBANGSAAN DAN PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN OGOS
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Bakri, Sungai Raya, Pagoh dan Lenga dan seterusnya menyantuni beberapa keluarga dan menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.
Turut hadir dalam lawatan Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda...