Skip to main content

PENGAGIHAN KURNIAAN DAGING KORBAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1442H

Pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada golongan yang kurang bernasib baik, asnaf dan fakir miskin telah dilaksanakan melalui pejabat-pejabat daerah negeri Johor. Penyerahan agihan kurniaan tersebut disempurnakan oleh para pegawai daerah, penghulu mukim serta ketua kampung masing-masing.

Continue reading

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR

Sekitar program Southern Volunteers bersama pejabat-pejabat daerah negeri Johor pada 19-21 Julai 2021 dalam tugasan mereka membantu mempermudahkan usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 serta menyampaikan bantuan sumbangan dan makanan kepada Bangsa Johor. Proses Pendaftaran Vaksinasi Bangsa Johor adalah langkah penting dalam memastikan Johor mencapai imuniti kelompok. Semoga tugasan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan terus dipermudahkan.

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Fasa 1 Tahun 2021 yang melibatkan (2) keluarga di Mukim Sungai Punggor, (2) keluarga di Mukim Kampung Bahru, (1) keluarga di Jalan Minyak Beku, dan (1) keluarga di Taman Soga. Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu-Penghulu Mukim; Pegawai Perhubungan Masyarakat India;...

Continue reading

SOUTHERN VOLUNTEERS & PEJABAT-PEJABAT DAERAH MEMBERI BANTUAN & MENDAFTAR HAMPIR 450 RIBU BANGSA JOHOR DALAM TEMPOH 30 HARI

Program Pendaftaran Vaksinasi Bangsa Johor yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat daerah negeri Johor dengan kerjasama Southern Volunteers telah merekodkan 440,569 jumlah pendaftaran selepas 30 hari untuk meningkat kadar pendaftaran ke hampir 90% dari populasi dewasa di Johor. Selain membantu pendaftaran vaksin kepada penduduk di kawasan luar bandar, bantuan sumbangan dan makanan juga disampaikan kepada Bangsa Johor di segenap daerah.

Continue reading

PROGRAM ZIARAH SEMPENA SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada keenam-enam penama. Beliau turut diiringi pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Penghulu Tinggi dan Pegawai Perhubungan Masyarakat India daerah Johor Bahru, En. P Saravanan.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 6 keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Kesang & Mukim Kundang. Turut serta dalam penyerahan ini, Puan Nurakmal Binti Abdullah, Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak. Semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.