Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bukit Kepong, Lenga, Pagoh, Sungai Raya, Sungai Balang dan Bandar 1 bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan.
Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM1,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada setiap penerima tersebut bagi keperluan dikala terjejas akibat pandemik Covid-19.
Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa...
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR
Sekitar Program Pendaftaran Vaksinasi Bangsa Johor pada 8-10 Julai 2021 yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat daerah negeri Johor dengan kerjasama Southern Volunteers. Mereka telah menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan luar bandar bagi mendaftar untuk vaksin dalam usaha mencapai sasaran jumlah pendaftaran.
Selain daripada pendaftaran vaksin, bantuan sumbangan dan makanan juga disampaikan kepada Bangsa Johor. Semoga tugasan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan dipermudahkan.
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR
Usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 untuk Bangsa Johor diteruskan lagi oleh pejabat-pejabat daerah negeri Johor dengan bantuan oleh Southern Volunteers pada 7 Julai 2021. Pendaftaran adalah langkah pertama dalam memastikan Johor mencapai imuniti kelompok. Semoga usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 serta bantuan sumbangan dan makanan dapat membantu Bangsa Johor.
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR
Southern Volunteers terus bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor pada 5 & 6 Julai 2021. Mereka berganding bahu membantu dalam Proses Pendaftaran Vaksinasi demi menjayakan hasrat sasaran pendaftaran iaitu sekurang-sekurangnya 80% Bangsa Johor telah berdaftar menjelang akhir bulan ini. Seramai 234,867 Bangsa Johor telah didaftarkan oleh Southern Volunteers sejak program ini dimulakan pada 19 Jun.
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN PEJABAT DAERAH BERGANDING BAHU MEMBANTU BANGSA JOHOR
Southern Volunteers bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor pada 4 Julai 2021. Semoga usaha pendaftaran vaksinasi Covid-19 serta pemberian bantuan sumbangan dan makanan dapat berterusan.
SUKARELAWAN SOUTHERN VOLUNTEERS DAERAH MUAR DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN BERGERAK MUKIM AYER HITAM
Barisan sukarelawan Southern Volunteers Daerah Muar memasuki hari kedua bertugas membantu di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Kompleks Mukim Ayer Hitam. Hari pertama bagi dos ke2 di mukim Ayer Hitam merekodkan seramai 258 orang penerima suntikan. Pada hari kedua harini seramai 390 orang penerima vaksin telah selesai mendapatkan suntikan pada pukul 2.15pm.
Peranan sukarelawan Southern Volunteers Daerah Muar amat penting dalam penugasan di kesemua Pusat Pemberian Vaksin di Daerah Muar. Selain itu, kempen pendaftaran vaksin yang dibantu oleh Sukarelawan Southern Volunteers setakat ini...