Skip to main content

SOUTHERN VOLUNTEERS MEMBANTU DI MUAR

Southern Volunteers PBT MPM, Majlis Belia Daerah Muar, MAYC Johor dan MRA Johor berganding bahu bersama-sama mengagihkan bantuan Pek Makanan kepada penduduk Muar yang memerlukan. Terima Kasih semua sukarelawan yang bertugas dan semoga kalian dan keseluruhan Barisan Hadapan dilindungi daripada Jangkitan Virus serta diberikan kesihatan yang baik. “LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA”

Continue reading

SOUTHERN VOLUNTEERS JOHOR BAHRU

Menjunjung Titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Program Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 oleh 25 orang Southern Volunteers Johor Bahru (MBJB) memasuki hari ke-12 pada hari ini dengan kerjasama Ahli Majlis Zon Taman Daya, Puan Hajah Roziyati binti Othman dan Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Daya serti Ahli Majlis Zon Dato’ Onn / Kangkar Tebrau, Encik Mohd Faizal bin Abd Rahaman dan Jawatankuasa Penduduk Zon Dato’ Onn / Kangkar Tebrau. Rekod pendaftaran vaksinasi pada hari ini adalah sebanyak 2,267 orang dan seterusnya menjadikan jumlah...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KULAI

YBhg Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda kepada penduduk-penduduk di Mukim Kulai, Mukim Senai, Mukim Sedenak dan Mukim Bukit Batu. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang daif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya. Menjunjung...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Alhamdulillah, salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda telah disempurnakan penyerahannya kepada penduduk-penduduk di Mukim- Mukim dalam daerah Segamat, melibatkan sejumlah 11 buah mukim. Sebanyak 210 orang keluarga telah menerima manfaat atas kurniaan ini. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING

En Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda kepada penduduk-penduduk e-Kasih (miskin dan miskin tegar) dan rumah dalam pengawasan di kawasan PKPD iaitu di Kampung Makam, Kampung Benaung, Kampung Sawah Dato dan Kampung Tanjung Genting yang berjumlah 200 keluarga. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif,...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda kepada penduduk-penduduk asnaf di setiap Mukim dalam daerah Batu Pahat yang berjumlah lebih 150 keluarga. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pentadbir Tanah Daerah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat; Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng; Amin Baitulmal MAINJ; Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, Penghulu-Penghulu serta Ketua-Ketua Kampung dan turut dijayakan dengan penglibatan para sukarelawan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.