Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Pagoh dan Mukim Sungai Terap serta menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada beberapa keluarga yang terjejas.
JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN JULAI DAERAH KOTA TINGGI
YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan Julai bertempat di Mukim Pantai Timur dan Mukim Pengerang daerah Kota Tinggi.
Turut mengiringi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi.Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AL-EHSAN, MUKIM SEDENAK, DAERAH KULAI
YBhg. Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kulai hari ini telah menyerahkan kurniaan wang tunai daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid Al-Ehsan, Taman Wawasan, Tuan Haji Basiron bin Saimon, pada hari Jumaat lalu.
Turut serta dalam penyerahan ini ialah Kadi Daerah Kulai, As Syeikh Tuan Haji Amir Bin Mohd Noor; Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) Bukit Batu, YBhg Datuk Mohd Jafni Md Shukor; Penghulu Mukim Sedenak, Tuan Haji Hamdan Bin Yahya; Imam Daerah Kulai, Ustaz Zulfekri Bin Abdullah;...
SUMBANGAN KEPADA MANGSA BENCANA RIBUT DI TANJUNG SEDILI
Saya mengambil maklum mengenai bencana ribut yang berlaku semalam di sekitar Tanjung Sedili. Rasa dukacita apabila diberitahu betapa teruknya kerosakan yang dialami di kawasan perkampungan dimana seramai 291 buah rumah tangga terjejas akibat kejadian ini.
Saya telah memberi sumbangan peribadi untuk agihan segera kepada kesemua 291 keluarga yang terjejas akibat ribut ini. Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor telah menyediakan Pusat Pemindahan Sementara bagi mereka yang terjejas dan menghulurkan bantuan dalam bentuk bakul makanan dan sumbangan untuk membaiki bumbung rumah...
SOUTHERN VOLUNTEERS DIGERAKKAN MEMBANTU MANGSA RIBUT DI TANJUNG SEDILI
DYAM Tunku Mahkota Johor telah menitahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu masyarakat Sedili yang diuji dengan bencana ribut semalam.Dianggarkan sebanyak 140 buah rumah mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan pada petang jumaat semalam.
Southern Volunteers Kota Tinggi melalui YDP Kota Tinggi, Encik Mohd Fahmy bin Yahya sudah pun mula bergerak untuk membantu penduduk yang terjejas dengan kerjasama semua pihak.
Semoga penduduk Sedili tabah menghadapi ujian tatkala kita semua masih berperang dengan Covid-19.
KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID JAMEK KG. PANCA JAYA, MUKIM BEKOK, DAERAH SEGAMAT
Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Pentadbir Tanah Daerah, Kadi Daerah, Yang DiPertua Majlis Daerah Labis dan Pegawai JCS Labis.
Masjid Jamek Kg. Panca Jaya, terletak di Mukim Buloh Bekok , dan jarak ke pusat bandar Segamat dianggarkan sejauh 50km.
Penyerahan telah disempurnakan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan.Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan keprihatinan serta kasih dan sayang DYAM Tunku Mahkota kepada bangsa Johor khususnya di daerah Segamat.
Menjunjung Kasih Tunku.