Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 3 buah surau di Mukim Serom.
Tersebut adalah surau-suraunya:
1. Surau An Nur, Parit Pelampong
2. Surau An Nur, Batu 8 Bukit Kangkar
3. Surau Al Mubaraq, Pulau Penarik
Tuan Pegawai Daerah menyerahkan kurniaan kepada ketiga-tiga pengerusi surau tersebut.
Turut serta dalam penyerahan ini, As Syeikh Haji Adam Bin Ibrahim, Tuan Kadi Daerah Tangkak, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Mukim Serom, Ketua kampung serta Kariah-kariah...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM,TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI 2021 FASA 1 DAERAH PONTIAN.
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 6 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Serta 1 Masjid Dan 2 Surau Di sekitar Daerah Pontian.
Tuan Pegawai Daerah Pontian Juga Berkesempatan Menyampaikan Kurniaan Daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Kepada Setiap Keluarga Serta Masjid Dan Surau Tersebut Bagi Bulan Julai 2021 Serta Menyampaikan Bungkusan Sumbangan Berupa Barangan Keperluan Asas.Semoga Kurniaan Sumbangan Ini Juga Dapat Meringankan Beban Keluarga Dan Masyarkat Di...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada enam keluarga di Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang tadi.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Penyelaras DUN Bukit Batu; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA ENAM KELUARGA DI DAERAH MERSING
YBhg. Pegawai Daerah Mersing, Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga keluarga pesakit kronik di Mukim Padang Endau dan tiga keluarga pesakit kronik juga di Mukim Mersing bagi bulan Julai, Fasa 1, tahun 2021.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En. Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Kadi Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA DUA BUAH MASJID DAN SEBUAH SURAU DI DAERAH MERSING
YBhg. Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pihak Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terlibat seperti berikut:
1) Masjid Kampung. Baru Air Tawar
2) Masjid Kampung Simpang Penyabong
3) Surau Kampung Semaloi
Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin, Kadi Daerah Mersing, En. Mohammad Alif Bin Abdul Fa’tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat.
Semoga kurniaan sumbangan ini menjadi sumber pembangunan...
JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN JULAI DAERAH KOTA TINGGI
YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Julai kepada keluarga 6 termiskin bertempat di Mukim Johor Lama dan Mukim Tanjung Surat daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi serta sukarelawan daripada Southern Volunteers.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu meringankan beban dan kesusahan hidup yang terpaksa dihadapi oleh golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang...