Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Mei 2021 kepada satu keluarga di Mukim Kulai dan dua keluarga di Mukim Senai, petang semalam.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh enam keluarga penerima ini.
SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID KAMPUNG MENSUDUT LAMA
Alhamdulillah, salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Pegawai Tadbir Negeri Johor.
Masjid Kg. Mensudut Lama, terletak di Mukim Gemas , dan jarak ke pusat bandar Segamat dianggarkan sejauh 40km. Telah dibina semula pada tahun 2010, diatas tanah yang berkeluasan 6 ekar. Jumlah ahli kariah dikawasan ini adalah dianggarkan seramai 430 orang.
Sesungguhnya kurniaan ini menunjukkan akan keprihatinan yang tinggi DYAM TMJ terhadap institusi masjid sebagai...
PERMAISURI JOHOR DAN TUNKU MAHKOTA JOHOR KURNIA JUADAH MAKANAN SEMPENA HARI RAYA
DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan juadah makanan kepada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Kurniaan juadah makanan sempena sambutan Aidilfitri semalam (13 Mei) disampaikan kepada lebih 3,800 pelajar tempatan serta antarabangsa di kedua-dua institut pengajian tinggi awam berkenaan.
“Saya dan keluarga mengambil berat akan siswazah yang tidak dapat pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama...
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH MUAR
30 Ramadhan 1442/12 Mei 2021, program ziarah kasih Rahmat Ramadhan Pegawai Daerah diteruskan dengan menghulurkan sumbangan tunai kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi Mei Fasa 2 untuk 3 buah keluarga yang daif di Mukim Bandar 2. Yang paling menyentuh hari dan menjadi sejarah dalam kerjaya Pegawai Daerah, apabila salah seorang penerima yang juga pesakit terlantar memohon izin membacakan doa’ khusus buat kesejahteraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Ini membuktikan betapa tidak berbelah baginya kasih rakyat Muar terhadap Ke Bawah Duli Tuanku.
Selain itu, melalui...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Endau.
Kurniaan ini diterima oleh Encik Razak bin Ali, Timbalan Pengerusi Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Ustaz Mawarday bin A. Hamid, Imam Masjid dan ahli kariah masjid tersebut.
Turut hadir bersama bagi penerimaan kurniaan Tunku adalah Tuan Kadi Daerah Mersing, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin, Penghulu Mukim Padang Endau, Encik Mohd Ezwan bin Jamigoe dan Ketua Kampung Semanyir Encik Shafie bin...
PROGRAM AGIHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 5 DAN MEI FASA 1 DAERAH KLUANG
Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 5 dan Mei Fasa 1 pada 11 Mei 2021 kepada enam (6) penduduk di mukim Kluang dan Ulu Benut, daerah Kluang yang disampaikan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, penghulu mukim serta ketua kampung mukim yang terlibat.