Skip to main content

KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH PONTIAN

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Pontian telah menerima kurniaan 10 buah kerusi roda daripada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).Kerusi Roda tersebut juga telah diagihkan Kepada 2 pusat PPV Daerah Pontian iaitu di PPV Dewan Jubli Intan Pontian sebanyak 5unit dan di PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas sebanyak 5unit. Keprihatian DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa Johor yang memerlukan seperti orang-orang tua, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu mengandung untuk memudahkan pergerakan khususnya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)...

Continue reading

KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH SEGAMAT

DYAM Tunku Mahkota Johor telah berkenan untuk mengurniakan 10 unit kerusi roda kepada Pusat Pemberian Vaksin(PPV) daerah Segamat. Dan akan diagihkan 5 unit kerusi roda di PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang dan 5 unit ke PPV Dewan Muafakat Taman Yayasan. Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Segamat secara keseluruhan. Penyerahan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut bersama ialah Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat merupakan Pengerusi Southern...

Continue reading

KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH MERSING

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Mersing telah menerima kurniaan 10 buah kerusi roda daripada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kerusi roda tersebut diserahkan kepada Dr. Norzaher Bin Ismail selaku Penyelaras PPV Dewan Jubli Intan. Petugas Sukarelawan Southern Volunteers juga turut sama hadir membantu semasa sesi penyerahan tersebut. Dengan tambahan 10 buah kerusi roda tersebut akan memberi manfaat untuk kegunaan penerima vaksin yang hadir terutamanya kepada golongan warga emas dan Orang Kelainan (OKU) di PPV Dewan Jubli Intan. ...

Continue reading

KURNIAAN 10 BUAH KERUSI RODA UNTUK KEGUNAAN PUSAT VAKSIN DAERAH MUAR

Menjunjung Setinggi Kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor atas kurniaan 10 buah kerusi roda untuk kegunaan 3 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan 1 Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) dalam daerah Muar. Sebagaimana yang kita semua maklum Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor telah mengurniakan 100 kerusi roda untuk 10 daerah dalam negeri Johor. Pengagihan 10 kerusi roda tersebut telah diadakan di PPV Dewan Maharani, PPV KPJ Maharani dan PPV Dewan Serbaguna Pagoh. Kerusi roda tersebut juga telah digunakan di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Kompleks Penghulu Mukim...

Continue reading

KURNIAAN KERUSI RODA DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH KULAI

Menjunjung Kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan kerusi roda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kulai bertempat di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai. Majlis penyerahan kerusi roda tersebut telah disempurakan oleh Ybhg Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai dan diiringi Ybhg Tuan Haji Natazha Bin Hariss, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai merangkap PengerusiSouthern Volunteers Daerah Kulai.

Continue reading

KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH BATU PAHAT

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Batu Pahat telah menerima kurniaan 10 buah kerusi roda daripada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kerusi roda tersebut diserahkan kepada Dr. Khalid Al-Walid bin Abas selaku Penyelaras PPV Dewan Jubli Intan. Petugas Sukarelawan Southern Volunteers juga turut sama hadir membantu semasa sesi penyerahan tersebut. Dengan tambahan 5 buah kerusi roda tersebut akan memberi manfaat untuk kegunaan penerima vaksin yang hadir terutamanya kepada golongan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di PPV Dewan Jubli...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.