Skip to main content

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGURNIAKAN KERUSI RODA KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DI JOHOR MELALUI SOUTHERN VOLUNTEERS

Sukacita saya maklumkan bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan 100 kerusi roda untuk pusat-pusat Vaksinasi seluruh negeri Johor melalui Southern Volunteers. Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Johor secara keseluruhan. Selain itu, sukacita saya maklumkan bahawa seramai 1,000 orang Southern Volunteers sudah digerakkan untuk membantu pusat-pusat vaksinasi dengan sokongan padu JBS, DO dan YDP seluruh negeri. Untuk pusat vaksinasi Persada yang akan beroperasi pada hari...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH KLUANG

Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mei Fasa 2 pada 25 Mei 2021 kepada tiga (3) penduduk di mukim Kluang, daerah Kluang yang disampaikan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim serta Ketua Kampung mukim yang terlibat.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SURAU ALMUHTADDIN, KEMPAS BARU, DAERAH JOHOR BAHRU

Penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru kepada Pengerusi Surau Almuhtaddin, Tuan Haji Mokhtar bin Mohamed. Turut serta menyaksikan penyampaian adalah Penghulu Tertinggi dan Penghulu Mukim Tebrau. Surau ini yang beralamat di 2925, Jalan Kempas Baru, Mukim Tebrau telah dibina pada tahun 2004 dan boleh menempatkan seramai lebih kurang 100 jemaah pada satu-satu masa. Surau ini memerlukan pembaikan pada struktur bangunan, bumbung dan soyok koridor selain dari penambahbaikan pada ruang solat wanita. Semoga...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU

1. Penerima pertama merupakan seorang suri rumah berumur 37 tahun yang menghidapi sakit kronik kencing manis semenjak dari sebelum berkahwin lagi. Beliau juga menghidap penyakit paru-paru berair dan lemah jantung dari tahun 2019. Pada tahun 2020, kaki kiri beliau terpaksa dipotong sehingga ke paras peha akibat dari kencing manis kronik yang dialami. Pergerakan dan pengurusan diri terpaksa dibantu oleh suami yang berniaga sambilan atas talian dari rumah dengan menjual simkad telefon dan makanan ringan (paru rangup) serta menanggung 2 orang anak yang berusia 7 dan 9 tahun. Pernah memohon...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI 2021 FASA 2 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 3 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian. 1. Penerima Pertama Adalah Puan Siti Salmiah Binti Lawmak Merupakan Seorang Ibu Tunggal Yang Berusia 58 Tahun Mempunyai 2 Orang Tanggungan Keluarga, Tiada Pekerjaan dan Alamat Kg Parit Muhammad Sanglang Mukim Ayer Baloi. 2. Penerima Kedua Adalah Mohamed Sahari Bin Othman Seorang Bapa Tunggal Yang Berusia 84 Tahun. Mempunyai Tanggungan 5 Orang Ahli Keluarga. Beliau Juga Merupakan Pesakit Masalah Pundi...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mei Fasa 2 Tahun 2021 yang melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Minyak Beku. Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.