Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah bersama-sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Puan Hajah Azurawati binti Wahid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Kahang dan Renggam, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim serta ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Bukit Sedenak ,Ketua Kampung Melayu Sedenak dan wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan,...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Mohd Farid Bin Kassim.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit strok, pesakit-pesakit kronik serta keluarga yang kurang berkemampuan.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Bukit Batu,Ketua Kampung Melayu Batu dan wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik, OKU dan warga emas.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Iskandar Bin Rahim Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sri Medan Deaerah Batu Pahat.Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.