Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM TEBRAU DAN MUKIM PULAI DAERAH JOHOR BAHRU

Penyampaian kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor telah diserahkan kepada penerima dari Mukim Pulai dan Mukim Tebrau daerah Johor Bahru. Pada lawatan tersebut, Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru dan Encik Muhamad Rashdan bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan Masyarakat menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada penerima. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban...

Continue reading

MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1445H KEPADA PENERIMA-PENERIMA YANG MENETAP DI GUGUSAN PULAU-PULAU MERSING

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada penerima-penerima yang menetap di gugusan pulau-pulau Mersing. Majlis berlangsung di perkarangan Jeti Pulau Tinggi, Mersing pada hari ini, 3 April 2024. Hadir sama adalah YBhg. Tuan Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN JOHOR MILITARY FORCES BERGANDING BAHU MEMBANTU MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR

Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Southern Volunteers dan Johor Military Forces (JMF) telah digerakkan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu di pusat-pusat pemindahan sementara. Selain menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan dan keperluan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan SV Box kepada mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa daerah, Southern Volunteers turut membantu memantau kawasan-kawasan lain yang berisiko banjir agar bantuan dapat...

Continue reading

BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI DAERAH MERSING DAN SEGAMAT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menitahkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan Southern Volunteers untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Taman Negara Endau Rompin, Mersing dan PPS Balairaya Kg Batu Badak serta PPS Balairaya Kg Jabi, Segamat. Baginda turut akan melakukan pemantauan bencana banjir di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

YAYASAN SULTANAH FATIMAH HARGAI KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yayasan Sultan Fatimah (YSF) menzahirkan penghargaan serta menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong, Pengerusi YSF berkata, YSF kini mula beroperasi di bangunan milik DYAM Tunku Mahkota Johor di Johor Bahru. “Patik mewakili YSF menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang berkenan membenarkan kami beroperasi di bangunan milik Baginda tanpa sewa,” katanya. Dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 4 Disember, YSF turut menerima sumbangan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia En Fizwan Bin Dato Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Masyarakat), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Sedenak, Pegawai JKM Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.