Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan OKU penglihatan, sakit kronik, sakit terlantar dan warga emas.
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla Bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi masjid dan surau juga telah disampaikan kepada Pengerusi Masjid Dato’ Ghulam Kampung Sri Pantai, Surau Kampung Gajah Mati, dan Surau Al-Itqan, ILP Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 10 Kampung Bahru, Daerah Batu Pahat, Johor.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Puan Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah, Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Norazmi bin Md. Anuar, Penghulu Kanan serta Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Buloh Kasap.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.