Skip to main content

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Fasa 3 Tahun 2021. Lawatan pada hari ini melibatkan (2) keluarga penerima di Mukim Linau dan (1) keluarga penerima kaum India di Taman Ria Jaya, Sri Gading. Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI FASA 1, BULAN MAC 2021 BAGI DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan Bantuan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Bagi Fasa 1, Bulan Mac 2021. Turut hadir bersama Penolong Pegawai Daerah Mersing, En. Mohd Alif Bin Abdul Fa`tas, Penghulu Mukim Penyabong Dan Triang, Ketua-ketua Kampung. Wakil dari Majlis Agama Islam Johor turut bersama bagi menyampaikan bantuan keluarga tersebut. Semoga kurniaan bantuan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keenam-enam keluarga penerima ini.

Continue reading

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 3, DI MUKIM KAHANG, DAERAH KLUANG

Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Fasa 3 pada 28 Mac 2021 kepada tiga(3) penduduk di mukim Kahang, daerah Kluang yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, penghulu kanan, penghulu mukim dan disertai oleh Ketua Kampung Contoh, Kahang, Daerah Kluang. Menjunjung Kasih Tunku.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID NURUL IMAN KG SC JAYA SEPAKAT, LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR

26 MAC 2021 BERSAMAAN 12 SYAABAN 1442H I JUMAATMASJID NURUL IMAN KG SC JAYA SEPAKAT, LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR Yang Berusaha Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kluang hari ini telah menyerahkan kurniaan wang tunai sebanyak RM3,000 daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid Nurul Iman Kg. SC Jaya Sepakat, Mukim Layang-layang, Kluang tengahari tadi. Turut hadir : 1. As Syeikh Tuan Haji Sabarudin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang 2. Barisan...

Continue reading

PROGRAM PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN LAWATAN MOBILE TEAM BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan mengadakan lawatan Mobile Team kepada sembilan buah keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Yayasan MBJB, Yayasan MBIP , Yayasan MBPG ,Wakil Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru dan Penghulu Mukim Beliau telah menyampaikan kurniaan RM1000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Mac Fasa...

Continue reading

KUNJUNGAN PEGAWAI DAERAH DAN PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI MASJID AL-JALIL, KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Masjid Al-Jalil, Kampung Johor Lama, Kota Tinggi telah disempurnakan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kota Tinggi, Puan Hajah Hazlina binti Jalil. Turut mengiringi Pegawai Daerah adalah Kadi Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Zaini bin Mohd Salleh. Diharapkan semoga kurniaan ini dapat membantu dalam pengimarahan masjid dan seterusnya menjadi institusi penting dalam pembangunan masyarakat. Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan serta terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid dan semua pihak yang terlibat dalam...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.