Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19.
Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI MUKIM BUKIT SERAMPANG, DAERAH TANGKAK
Penyerahan Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 3 keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Bukit Serampang.
Penama pertama merupakan seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi & masalah buah pinggang yang dijaga sepenuhnya oleh anaknya.
Penama kedua pula seorang pesakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung.
Penama ketiga ditimpa kemalangan dan telah menjalani pembedahan. Beliau tidak boleh...
ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR
Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Panchor bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan.
Pegawai Daerah menyantuni tiga orang penerima di Kampung Jawa Panchor, Taman Pagoh Jaya dan Kampung Parit Tiram. Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM1,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada setiap warga emas tersebut bagi keperluan dikala terjejas akibat pandemik Covid-19.
Kurniaan ini menunjukkan...
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DAN PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI MASJID NUR IMAN PARIT BUGIS MUAR
Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM3,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Masjid Nur Iman Parit Bugis. Kurniaan ini diharap dapat digunakan oleh masjid untuk keperluan dan aktiviti yang mampu memartabatkan institusi masjid.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku atas kurniaan tersebut.
PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2021 MUKIM TANJUNG SEMBRONG, DAERAH BATU PAHAT
Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19.
Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.