Penama pertama merupakan 3 beradik OKU mental. Dijaga oleh abangnya yang bekerja sebagai pengutip barangan kitar semula dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Penama kedua pula seorang duda yang merupakan pesakit kencing manis dan masalah buah pinggang. Ibu penama juga menghidap penyakit kencing manis. Beliau menyara 3 orang anaknya yang masih bersekolah.
Penama ketiga seorang ibu yang menyara anak berumur 8 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang, manakala seorang lagi anaknya merupakan OKU urat saraf.
Setiap keluarga menerima wang tunai sebanyak RM 1,000.00 daripada DYAM...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MUKIM BUKIT BATU & MUKIM SEDENAK
Sumbangan Kepada Tiga Keluarga Yang Terlibat :-
1) Jamadi Bin Jufri
-Mukim Bukit Batu
2) Kamelia Binti Miswan
-Mukim Sedenak
3) Masniah Kewa Binti Petros
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga penerima ini.
MENJUNJUNG KASIH TUNKU
PROGRAM JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI MUKIM SEDILI KECIL, MUKIM PANTAI TIMUR, DAN MUKIM PENGERANG
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Fasa 2 dan Fasa 3 bulan Mac tahun 2021.
Pada lawatan tersebut, Pegawai Daerah menyantuni enam (6) orang penerima tersebut serta menyampaikan sumbangan wang tunai RM 1,000.00 Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor beserta bantuan bekalan makanan kepada setiap keluarga penerima.
1. Penerima pertama adalah seorang warga emas dari Kampung Sedili Kecil yang menghidap penyakit jantung dan stroke. Beliau terlantar sejak enam (6) bulan yang lalu akibat daripada...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AL-MUJAHIRIN, KG, MELAYU BUKIT BATU, MUKIM BUKIT BATU, KULAI
Profil Masjid Al-Mujahirin Kg. Melayu Bukit Batu, Mukim Bukit Batu, Kulai, Johor.
1. Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Mukim Bukit Batu- En Mohamad Norzaharuddin Bin Kasimon
2. Pengerusi – Tuan Haji Morsin Bin Parman
3. Ketua Kampung – Tuan Haji Nordin Bin Hussin
4. Tahun Dibina – Awal tahun 1970-an
5. Kapasiti Jemaah – 500 orang melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Melayu Bukit Batu dan Kampung Seri Sempurna serta kawasan taman berhampiran seperti Taman Ria dan Taman Gembira.
6. Isu-isu :
i) Masjid dalam keadaan lama dan...
SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 3, DI MUKIM SERMIN, DAERAH SEGAMAT
Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Mac Fasa 3.
1. Penerima pertama merupakan seorang warga emas yang mengalami bengkak kedua-dua belah kaki, menggunakan kerusi roda sepenuh masa. Penerima dijaga oleh isteri yang juga dalam keadaan yang tidak begitu sihat. Lokasi rumah penerima adalah di Kampung Sermin.
2. Penerima kedua merupakan warga emas yang terlantar, uzur dan terbatas pergerakannya.Beliau dijaga sepenuhnya oleh 2 orang anaknya. Salah seorang anaknya ialah OKU dan seorang lagi...
PROGRAM ZIARAH JEJAK ASNAF DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2021 DI MUKIM JOHOR LAMA, KOTA TINGGI
Pada lawatan tersebut, Pegawai Daerah menyantuni tiga orang penerima tersebut serta menyampaikan sumbangan wang tunai RM 1,000.00 Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor beserta bantuan bekalan makanan kepada setiap keluarga penerima.
1. Penerima pertama adalah warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Baru Sg. Sembilang Johor Lama. Beliau menghidap penyakit kanser Tiroid dan bergantung kepada jiran-jiran terdekat untuk mendapatkan bahan keperluan.
2. Penerima kedua adalah seorang remaja OKU (masalah pembelajaran) di Kampung Panchor, Kota Tinggi. Beliau merupakan seorang anak yatim...