Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AS-SALAM KAMPUNG SUNGAI BARU DI MUKIM GRISEK

Penyerahan Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada Masjid.Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada Tuan Haji Murtadza Bin Md Amin selaku imam Masjid As-Salam Kampung Sungai Baru di Mukim Grisek. Masjid As-Salam Kampung Sungai Baru menerima cek bernilai RM 3,000.00 daripada DYAM Tunku Mahkota Johor.Semoga pemberian ini serba sedikit dapat membantu dalam pengurusan / penambahbaikan masjid tersebut.

Continue reading

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID JAMEK KG. SAWAH BARU, DAERAH SEGAMAT

Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Kadi Daerah Segamat. Masjid Jamek Kg. Sawah Baru terletak di Mukim Labis , dan jarak ke pusat bandar Segamat dianggarkan sejauh 30KM. Masjid ini boleh menampung jumlah jemaah seramai 200 orang dalam satu-satu masa. Salah satu masjid yang terletak dikawasan kampung terpencil di Labis. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta kemudahan kepada kariah masjid. Menjunjung Kasih Tunku.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AS-SOLIHIN, KG. MELAYU SEDENAK, MUKIM SEDENAK, KULAI

Bhg. Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kulai telah menyerahkan kurniaan wang tunai sebanyak RM3,000 daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid As-Solihin, Kg Melayu Sedenak, Tuan Haji Johar Bin Bahar, malam semalam. Turut serta dalam penyerahan ini ialah As Syeikh Tuan Haji Amir Bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kulai; Tuan Haji Natazha Bin Hariss, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai; Tuan Syed Norul Shahril Bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; Tuan Haji Hamdan Bin Yahya, Penghulu Mukim Sedenak;...

Continue reading

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA TIGA BUAH KELUARGA BAGI BULAN APRIL FASA 3 DI MUKIM BULOH KASAP, DAERAH SEGAMAT

1. Penerima pertama merupakan warga emas yang berkeadaan uzur akibat faktor usia dan beberapa masalah penyakit yang dihidapi. Beliau tinggal bersama isteri. Tinggal di Kampung Kenangan Batu Anam. 2. Penerima kedua merupakan warga emas yang berstatus ibu tunggal. Tinggal bersama seorang anak dan seorang cucu. Sumber pendapatan adalah daripada bantuan JKM dan sumbangan anak. Tinggal di Kampung Kenangan Batu Anam. 3. Penerima ketiga merupakan individu yang hanya bekerja sendiri (mengambil upah memotong rumput) untuk menampung 6 orang anak yang tinggal bersama. Menghidap penyakit kencing...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 1 Tahun 2021. Lawatan tersebut telah melibatkan (2) keluarga penerima di Mukim Sungai Kluang dan (1) keluarga penerima kaum Cina di Taman Manis, Parit Raja. Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.