Skip to main content

PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID/SURAU BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid/Surau bagi Bulan Mac Fasa 1 Tahun 2021 bertempat di Masjid Kampung Seri Sepakat, Mukim Chaah Bahru. Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan kurniaan sumbangan tersebut kepada Tuan Haji Abu Nawar bin Saimon , Pengerusi Masjid Kampung Seri Sepakat dan beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid. Pendekatan ini juga merupakan kesinambungan gerak usaha yang berorientasikan salah satu titik fokus...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI BULAN MAC 2021 UNTUK MUKIM KULAI DAN MUKIM SENAI, DAERAH KULAI

Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, semalam. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senai, En Abdul Rahman Bin Abdullah; Pengerusi JPKD Bukit Batu, YBhg Datuk Hj Mohd Jafni Bin Md Shukor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. ...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI FASA 1, BULAN MAC 2021 BAGI DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan Bantuan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Bagi Fasa 1, Bulan Mac 2021. Penerima pertama: Leong Kwang Weng, berumur 70 tahun. Beliau menetap bersama anaknya di No. 6401, Jalan Intan 3, Taman Intan Jaya, 86800 Mersing. Beliau menghidapi penyakit kanser prostat tahap 3 dan tidak bekerja. Penerima kedua: Nur Anissha Binti Abdullah, berumur 23 tahun. Beliau adalah OKU terlantar dan bapanya tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Beliau tinggal bersama keluarga di No....

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID DAERAH MERSING

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid Tanjung Resang, Mersing. Kurniaan ini diterima oleh Ustaz Nasir, Imam Masjid Tanjung Resang Mersing, Haji Mohd Zuhdi bin Ramli dan ahli kariah masjid tersebut. Turut hadir bersama bagi penerimaan kurniaan Tunku adalah Tuan Kadi Daerah Mersing, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin dan Penghulu Mukim Penyabong, Tok Azhar Md Ali. Semoga kurniaan ini dapat membantu pembangunan masjid dan mengimarahkan masjid ini. MENJUNJUNG KASIH...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bandar 2 bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah menyantuni tiga orang warga emas iaitu Johari bin hassan OKU Fizikal yang mengalami kesukaran bergerak sejak berusia 24 tahun dan mempunyai masalah kesihatan jantung di Jalan Lama Muar, Govindamah a/p peripayan warga emas yang mempunyai masalah sakit jantung di Taman Sri Terap Sungai Abong dan Loh...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR

Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada saudara Sulaiman Bin Darus selaku bendahari Masjid Jamek Hang Tuah di Mukim Tangkak. Masjid Jamek Hang Tuah menerima cek bernilai RM 3,000.00 daripada DYAM Tunku Mahkota Johor. Turut serta dalam penyerahan ini, As Syeikh Haji Adam Bin Ibrahim, Tuan Kadi Daerah Tangkak, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan serta Kariah Masjid Jamek Hang Tuah. Semoga pemberian ini serba sedikit dapat membantu dalam...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.