Skip to main content

Pengarang: admin

PERJUMPAAN DENGAN GURU YANG MENOLAK VAKSIN COVID-19

Hari ini saya telah berjumpa para guru yang belum divaksinasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama dengan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Johor (secara maya) dan Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor. Saya telah mendengar ulasan dari para guru mengenai isu-isu yang mereka hadapi. Daripada 779 orang guru yang...

Continue reading

RUMAH GELANDANGAN SEMENTARA

Dalam situasi semasa pandemik ini, amat penting untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dipelihara, dan memiliki akses kepada barangan keperluan asas.  Pada 6 Julai 2021, saya telah menitahkan agar tempat perlindungan sementara segera didirikan untuk para gelandangan di Johor. Kerajaan Johor bertindak pantas dengan membuka dua tempat perlindungan sementara di Perling dan Anjung Singgah yang dapat menampung sehingga 200 orang. Tempat perlindungan kekal ketiga sedang dibina oleh MBJB di Taman Larkin Perdana dan dijangka siap menjelang Julai 2022. Ini adalah komitmen saya...

Continue reading

ISU GURU MENOLAK VAKSIN COVID-19

Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini. Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya’Allah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN OGOS

Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Seri Menanti dan Mukim Bakri bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19. Turut hadir dalam lawatan Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 3 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Tanjung Sembrong dan Mukim Sri Gading (Ayer Hitam). Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Tanjung Sembrong; Penghulu Mukim Sri Gading (Ayer Hitam); Pegawai Perhubungan Masyarakat India; dan...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS 2021 FASA 1 DAN 2 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 14 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian. Hadir Sama : Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian,Petadbir Tanah Daerah Pontian, JKM Daerah Pontian,Penghulu Kanan Daerah Pontian, Penghulu Mukim Serkat dan Benut Serta Kakitangan Pejabat Daerah Pontian Serta Penduduk Setempat.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.