Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN REJIMEN GERAK KHAS KE-58

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor merangkap Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) berangkat ke majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58 yang diadakan di Kem Iskandar, Mersing pada 12 Ogos 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 10 Ogos 2023. Pertemuan ini bagi membincangkan perkembangan terkini penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil kurniaan Baginda pada Mac tahun lalu. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

HARI KEBANGSAAN SINGAPORE

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami, Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-58. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura serta berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KEEMPAT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari keempat yang juga merupakan hari terakhir program jelajah Kembara Mahkota Johor 2023 (KMJ) pada 8 Ogos 2023. Rombongan Baginda yang diiringi oleh YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bersama paduka-paduka anakanda serta ahli Keluarga DiRaja berlepas dari Pantai Minyak Beku, Batu Pahat menuju ke Taman Rekreasi Rambah di daerah Pontian. Seterusnya, rombongan konvoi Baginda tiba di Kompleks Penghulu Sedenak di daerah Kulai yang menjadi destinasi terakhir program jelajah KMJ 2023 ini. Allah Peliharakan...

Continue reading

JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KETIGA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari ketiga program jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 7 Ogos 2023. Program hari ketiga ini bermula dari Sawah Ring di daerah Tangkak. Hentian berikutnya adalah di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara dan Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam di Muar. Hentian terakhir rombongan Baginda diiringi oleh YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bersama ahli Keluarga DiRaja adalah di Pusat Pertanian Parit Botak di daerah Batu Pahat. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KEDUA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari kedua program jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 6 Ogos 2023. Program hari kedua ini bermula dari Sungai Temiggol, Kg Sri Lukut di daerah Kluang. Rombongan Baginda bersama ahli Keluarga DiRaja telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang. Program seterusnya bertempat di Laman Kembara Paloh, juga di daerah Kluang. Hentian terakhir Baginda adalah di Taman Eko Rimba, Sungai Bantang, Labis di daerah Segamat. Encik Mohd Masni Wakiman selaku Pegawai Daerah Segamat telah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.