Pengarang: Admin
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2023 bersamaan 27 Muharram 1445H.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Sedili Kecil, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan OKU, sakit kronik, sakit terlantar dan warga emas.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada 8 Keluarga di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN REJIMEN GERAK KHAS KE-58
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor merangkap Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) berangkat ke majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58 yang diadakan di Kem Iskandar, Mersing pada 12 Ogos 2023. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 10 Ogos 2023.
Pertemuan ini bagi membincangkan perkembangan terkini penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil kurniaan Baginda pada Mac tahun lalu. Allah Peliharakan Sultan.
HARI KEBANGSAAN SINGAPORE
Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami, Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-58.
Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura serta berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor