Skip to main content

Pengarang: Admin

JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 MEMBUKA TIRAI

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor julung kali memimpin jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 diiringi oleh YAM Che Puan Besar Khaleeda. Turut hadir bersama, YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah. Turut mengiringi bersama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan OKU penglihatan, sakit kronik, sakit terlantar dan warga emas.

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla Bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi masjid dan surau juga telah disampaikan kepada Pengerusi Masjid Dato’ Ghulam Kampung Sri Pantai, Surau Kampung Gajah Mati, dan Surau Al-Itqan, ILP Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 10 Kampung Bahru, Daerah Batu Pahat, Johor. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 KEMBALI MENEMUI RAKYAT

Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini. Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat. KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer. Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.