Pengarang: Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama Ahli-ahli Jawatankuasa kampung-kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
SELAMAT HARI PEKERJA
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kejayaan negeri Johor. Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda. Selamat Hari Pekerja!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H BERSAMA DELEGASI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1444H bersama delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini, 30 April 2023 di Istana Bukit Pelangi, Johor.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Mahadi, YBhg. Datuk Seri Hj Rosmadi Bin Ismail, Naib Encik Mohd Joehari Bin Mohd Ayub dah Encik Mohd Firdaus Bin Mohamed. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN RACING CITY GROUP BAGI MEMBINCANGKAN PERANAN SELAKU AHLI LEMBAGA KUMPULAN BOLA SEPAK GLOBAL
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN RACING CITY GROUP BAGI MEMBINCANGKAN PERANAN SELAKU AHLI LEMBAGA KUMPULAN BOLA SEPAK GLOBAL
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan dari pengasas Racing City Group Naser Al Tamimi dan Morris Pagniello bagi membincangkan potensi kerjasama yang akan menyaksikan DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi ahli lembaga kumpulan bola sepak.
Naser merupakan Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa,...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Gading, Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.