Skip to main content

Pengarang: Admin

ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 20 April 2023 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1444H. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Fared Bin Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2023 DI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong, Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah surau juga disampaikan kepada Pengerusi Surau Perumahan Nelayan, Penyabong, Surau Al-Hidayah, Kampung Triang Kechil dan Surau Al-Arif, Jln. Haji Ariffin, Endau. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

YBhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan mukim Layang-Layang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini adalah As Sheikh Haji Sabaruddin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Buloh Kasap. Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Mukim, Ketua Kampung yang terlibat dan Kakitangan Pejabat Daerah Segamat.

Continue reading

TERIMA MENGADAP DATUK SERI HAJI JOHARI ABDUL GHANI

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Datuk Seri Haji Johari Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO pada 17 April 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.