Pengarang: Admin
YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Gading, Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA DIRAJA JOHOR BERSAMA RAKYAT
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat pada hari ini, 23 April 2023 bersamaan 2 Syawal 1444H.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YAM Che Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan YB Dato’ Dennis Muhammad Bin...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Saya berdoa semoga anda semua sentiasa selamat dan kekal sihat dalam musim perayaan ini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
DYAM MEJAR JENERAL TUNKU MAHKOTA JOHOR MEMBAYAR ZAKAT BAGI TAHUN 2023/1444H
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor membayar zakat bagi tahun 2023/1444H kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Allah Peliharakan Sultan.
ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 20 April 2023 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1444H.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Fared Bin Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam...