Pengarang: Admin
Pengorbanan ibu amat penting dan tidak ada tolak bandingannya dalam memastikan kejayaan sesebuah keluarga.
Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Gemereh & Jementah.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah En. Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Tok Nur Shah Afendi bin Asmun; Penghulu Mukim Gemereh, Tok Mohd Sahrul bin Sidek; Penghulu Mukim...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Fasa 1 bulan Mei 2023 telah disempurnakan oleh Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi bertempat di Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Padang Endau, Mukim Tenggaroh dan Mukim Penyabong.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor juga disampaikan kepada Pengerusi Masjid Kampung Air Puteri, Surau Kg. Teluk Iskandar dan Surau Taman Pantai. Turut serta...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal B Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Pt Jawa dan Sri Menanti.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar.Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Masjid dan 11 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...