Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA DIRAJA JOHOR BERSAMA RAKYAT

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat pada hari ini, 23 April 2023 bersamaan 2 Syawal 1444H. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YAM Che Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan YB Dato’ Dennis Muhammad Bin...

Continue reading

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Saya berdoa semoga anda semua sentiasa selamat dan kekal sihat dalam musim perayaan ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 20 April 2023 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1444H. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Fared Bin Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2023 DI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong, Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah surau juga disampaikan kepada Pengerusi Surau Perumahan Nelayan, Penyabong, Surau Al-Hidayah, Kampung Triang Kechil dan Surau Al-Arif, Jln. Haji Ariffin, Endau. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.