Skip to main content

Pengarang: Admin

RAMADAN AL-MUBARAK

Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 22 Mac 2023. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN PENGGANTIAN RUMPUT STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini, 18 Mac 2023. Baginda telah menaja padang Zeon Zoysia untuk stadium nasional sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBrs. TS. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta Khairy Jamaludin, Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.