Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS PERASMIAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor tahun 2023 di Masjid Taman Sri Kluang, Kluang Johor pada hari ini, 17 Mac 2023. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi,...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah YDP Majlis Perbandaran Kluang, Puan Azurawati binti Wahid dan Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Sabaruddin bin Isnin serta Pegawai-pegawai Kanan Daerah Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan...

Continue reading

MAJLIS PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DUN JOHOR YANG KE-15

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 16 Mac 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGARA SINGAPURA; KETUA PENGARAH KEMENTERIAN LUAR NEGERI SINGAPURA DAN KONSUL JENERAL SINGAPURA

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, Puan Catherine Wong, Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Singapura dan Encik Jeevan Singh, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru pada hari ini, 13 Mac 2023 di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor. Hadir sama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Mustafa Kamal bin Abdullah (Pentadbir Tanah Daerah Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.