Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Santapan Makan Malam bersama pasukan bola sepak kebangsaan Harimau Malaya pada 21 Mac 2023. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.
MAJLIS PERASMIAN PENGGANTIAN RUMPUT STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini, 18 Mac 2023. Baginda telah menaja padang Zeon Zoysia untuk stadium nasional sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBrs. TS. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta Khairy Jamaludin, Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul...
HADIR MENYAKSIKAN MAJLIS PECAH TANAH PADANG BAHARU STADIUM BUKIT JALIL
Saya akan ke Stadium Bukit Jalil pada pagi esok (Mac 18) untuk menyaksikan majlis pecah tanah padang baru bersama YB @hannahyeoh. Selamat malam
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS PERASMIAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor tahun 2023 di Masjid Taman Sri Kluang, Kluang Johor pada hari ini, 17 Mac 2023.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi,...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah YDP Majlis Perbandaran Kluang, Puan Azurawati binti Wahid dan Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Sabaruddin bin Isnin serta Pegawai-pegawai Kanan Daerah Kluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan...