Pengarang: Admin
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Jementah.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia En Azmi Bin Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Kulai mewakili Tuan Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong-Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan,...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN PENTADBIRAN MBJB, DAERAH JOHOR BAHRU
Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan dan pesakit terlantar.
RAMADAN AL-MUBARAK
Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 22 Mac 2023.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan...