Pengarang: Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Tenglu, Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
SALAM ISRAK MIKRAJ
Selamat menghayati Israk dan Mikraj tahun 1444H – satu peristiwa yang membuktikan kekuasaan ALLAH SWT. Sama-sama kita berdoa agar diberikan kesejahteraan dan keselamatan yang berpanjangan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Senai Dan Kulai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Penolong Pegawai Derah (Pengurusan), Penghulu Mukim Senai dan Kulai serta wakil Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti...
PELANTIKAN KHAIRY JAMALUDDIN SEBAGAI PENASIHAT BELIA JOHOR DAN SEBAHAGIAN LEMBAGA PENGARAH KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada ibu tunggal, pesakit OKU (mental dan bisu) serta pesakit-pesakit kanser yang memerlukan rawatan.
Turut serta dalam penyerahan ini,...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR
Yang Berhormat Dato’ Hj Mustaffa Bin Dato’ Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi daerah Muar kepada penerima yang terdiri dari mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai isi rumah yang ramai dari Mukim Pt Bakar dan Mukim Bandar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Encik Mohd Fairul B Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar, Pemangku Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim dan...