Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan perbincangan dengan Life Fitness mengenai kerjasama dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mana akan mempertingkatkan lagi kualiti peralatan gimnasium kelab dan bakal membolehkan perkembangan komersil gimnasium JDT kepada umum.
JDT melihat kepada kepakaran yang ada pada Life Fitness dan jenama barangan gimnasium khusus mereka untuk atlit-atlit elit terutamanya Hammer Strength yang digunakan oleh kebanyakan organisasi-organisasi sukan besar di Amerika. Ini memastikan Harimau...
JDT DAN SHARJAH FC DARI UAE SETUJU UNTUK BERKOLABORASI
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sharjah FC dari Emiriah Arab Bersatu telah bersetuju untuk berkolaborasi selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT ke kelab tersebut ketika latihan pramusim Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.
Sharjah FC telah menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti latihan mereka secara percuma. Sharjah FC kini berada di tangga kedua Liga Pro UAE. Luaskan Kuasamu Johor.
BAKAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF JDTFC DAN PENASIHAT BELIA JOHOR
Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak…
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menyampaikan sumbangan kurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di beberapa daerah di negeri Johor pada hari ini, 26 Januari 2023.
Bantuan kurniaan tersebut diagihkan kepada empat PPS di Mersing melibatkan 224 buah keluarga, tiga PPS di Batu Pahat melibatkan 50 buah keluarga dan empat PPS di Muar melibatkan 86 buah keluarga.
Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Allah Peliharakan Sultan.
BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI BEBERAPA DAERAH DI JOHOR
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN JOHOR MILITARY FORCES BERGANDING BAHU MEMBANTU MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR
Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Southern Volunteers dan Johor Military Forces (JMF) telah digerakkan bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu di pusat pemindahan sementara.
Selain menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan SV Box kepada mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa daerah seperti Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan...
SESI LATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyaksikan sesi latihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium The Sevens di Dubai, Emiriah Arab Bersatu hari ini. Pasukan Harimau Selatan berada di Dubai untuk pramusim 2023. Allah Peliharakan Sultan.