Pengarang: Admin
Yang Berbahagia Tn Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga sekitar Mukim Sg Terap, Muar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah En Mohd Hanafi Bin Shamsi, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang terlibat.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TILAWAH AL-QURAN KE-67 DAN MENGHAFAZ AL-QURAN TAHUN 2023M BERSAMAAN 1444H
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al Quran ke-67 dan Menghafaz Al Quran Tahun 2023M bersamaan 1444H di Dewan Utama, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pada 9 Mac 2023.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Che’ Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Hadir sama dalam majlis tersebut...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Mustafa Kamal bin Abdullah (Pentadbir Tanah Daerah Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Ulu Benut dan Machap, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan...
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2023
Selamat Hari Wanita Sedunia 2023
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Tuan Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah, Wakil Rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri...
TERIMA MENGADAP PENGELOLA BIJAYA DIRAJA JABATAN DIRAJA JOHOR DAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin, Pengelola Bijaya DiRaja Jabatan DiRaja Johor dan Tuan Haji Jamaludin Haji A.Hamid, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada hari ini, 7 Mac 2023.
Turut hadir bersama adalah SS YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor, SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed, Timbalan Mufti Johor dan YB Dato’ Haji Md Rofiki bin Dato’ Haji A.Shamsuddin, mantan Pengarah JAINJ. Allah Peliharakan Sultan.