Pengarang: Admin
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada ibu tunggal, pesakit OKU (mental dan bisu) serta pesakit-pesakit kanser yang memerlukan rawatan.
Turut serta dalam penyerahan ini,...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR
Yang Berhormat Dato’ Hj Mustaffa Bin Dato’ Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi daerah Muar kepada penerima yang terdiri dari mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai isi rumah yang ramai dari Mukim Pt Bakar dan Mukim Bandar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Encik Mohd Fairul B Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar, Pemangku Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim dan...
TERIMA MENGADAP PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) DAN KETUA JURULATIH HARIMAU MALAYA
Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Harimau Malaya mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 11 Februari 2023 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI THAIPUSAM
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU PANGLIMA JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
JDT TELAH BERKOLABORASI DENGAN HID GLOBAL DARI AMERIKA UNTUK SISTEM KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM SULTAN IBRAHIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjalinkan satu kerjasama dengan HID Global bernilai jutaan Ringgit sejurus perbincangan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan syarikat tersebut di Dubai.
HID Global adalah peneraju organisasi pengurusan kawalan akses yang telah terlibat dalam tiga kejohanan Piala Dunia terakhir dan beberapa acara benua di seluruh dunia. Sebagai permulaan, kepakaran yang ada pada HID Global akan digunakan di ‘turnstiles’ untuk kemasukan penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim.
Kerjasama ini...