Pengarang: Admin
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Peserai.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang...
SELAMAT ULANGTAHUN KEPUTERAAN KEPADA TUNKU PUTERA JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek dan mukim Bukit Serampang yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, pesakit strok, pesakit kanser, pesakit tulang belakang, masalah ketumbuhan pada otak serta darah tinggi...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi masjid dan surau di Daerah Kota Tinggi melalui Pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah diharapkan dapat menambahbaik pengurusan institusi masjid dan surau dalam daerah terutama yg memerlukan penambahbaikan serta memberikan kemudahan yang lebih kondusif kepada para jemaah yang hadir.
Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, KADI Daerah Kota Tinggi, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian dan Encik Ahmad Azhar Bin Ab Hamid, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Benut, Sungai Pinggan dan Ayer Baloi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban...