Pengarang: Admin
Saya berbesar hati dapat bertemu dengan Sir Frank Hester OBE dan pasukannya yang telah merevolusikan sistem penjagaan kesihatan di UK dan China.
Saya mengalu-alukan Sir Frank untuk bekerjasama dengan lebih mendalam bersama ekosistem penjagaan kesihatan tempatan untuk membawa teknologi kesihatan digital ke negeri Johor. Kemajuan baharu dalam Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ditambah dengan Kepintaran Buatan (AI) dan penggunaan analisis data menyeluruh adalah penting untuk menambah baik sistem penjagaan kesihatan di Johor dan Malaysia.
Orang ramai berhak mendapat kemudahan hospital...
LAWATAN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK SEKITAR MUKIM SERKAT
Pada hari ini (7 Jun 2022), saya telah pergi ke daerah Pontian untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar kawasan Mukim Serkat.
Saya sentiasa melawat daerah dan kampung-kampung di Johor, lagi-lagi selepas tempoh pandemik Covid-19.
Saya gembira dapat melakukan aktiviti ini sekali lagi. Saya akan sentiasa memantau dan melawat untuk memberi sumbangan kepada para penduduk Johor.
Saya juga akan meninjau dan melihat segala keperluan rakyat yang boleh dipertingkat atau diperbaiki di kawasan kampung-kampung serta daerah Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni...
MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 4 Jun 2022. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...