Pengarang: Admin
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Menara Aqabah, Pasir Gudang pada 9 Disember 2021. Allah Peliharakan Sultan.
ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN DISEMBER
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Bakri dan Mukim Bandar bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off adalah bagi...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Enam Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Senai dan Mukim Kulai pagi tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik...
LAWATAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PARIT RAJA DARAT, BATU PAHAT
Pada hari ini (6 Disember 2021), saya telah berangkat ke Kampung Parit Raja Darat, daerah Batu Pahat untuk mengadakan lawatan ramah mesra bersama para penduduk kampung.
Program pertama telah diadakan dengan para golongan belia dari Batu Pahat di Rumah Makan Tok Dan. Seterusnya, saya telah mengadakan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan saya dapat membantu meringankan beban mereka.
Lawatan diteruskan dengan program Belia Sihat di Dewan Terbuka Hj. Sirat. Tidak lupa juga warga emas kampung dengan sesi sembang...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 6 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti. Turut mewakili dalam penyerahan ialah En Mohd Fazle Bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat.
“Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan yang berterusan”.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing, Tenglu dan Padang Endau Bagi Bulan November (Fasa 4, 5 Dan 6) Tahun 2021
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah Tuan Haji Hefnee Bin Md. Noor, Penghulu Kanan Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, YPKDT Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, dan Penghulu-penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan...